TRIPPING DI SEBABKAN KILAT? DAH CUBA AMBIL SEGALA PENDEKATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKONYA?

Kadangkala, kilat atau petir yang memanah bumi jauh dari rumah juga pun selalu menyebabkan trip di rumah anda. Tapi yang peliknya, bila anda lihat rumah jiran anda masih lagi berfungsi pula lampu rumah mereka. Kenapa jadi macam itu ya? Kenapa rumah anda sahaja yang trip?

Kilat menghasilkan Voltan yg amat tinggi, kadangkala mencecah ribuan kiloVolt. Berbanding voltan yang disambungkan ke rumah kita hanyalah 240V atau 415V(sekiranya 3 fasa). Bila wujudnya perbezaan Volt ini (atau dikenali sebagai Potential Different), ianya akan menyebabkan arus elektrik mengalir deras dalam kuantiti yang banyak. Arus elektrik ini (Ampere) kadangkala akan menjadi 1000 kali ganda dari sepatutnya dalam masa yang amat singkat (atau dipanggil transient)

Banyak faktor yang menyebabkan tripping tatkala kilat, tetapi posting kali ini hanya lah menerangkan secara ringkas hubungan kilat dan sistem pembumian (earthing) ;

Tujuan pembumian (earthing) ini (wayar kuprum berwarna hijau bersama kotak konkrit earth chamber yang ditanam diluar rumah) adalah sebagai tempat aliran lebihan arus terus kedalam bumi. Jika ada kebocoran sistem elektrik, lebihan arus pun akan dialirkan ke pembumian juga. Lagi banyak wayar, lagi besar wayar ke kekotak earth dan lagi rendah bacaan earthing nya, adalah lebih cepat lebihan arus ini dialirkan ke bumi. Ianya ibarat terdapat banyak lorong PLUS hiway ketika musim perayaan, jadi aliran nya cepat dan tidak jam.

Ya, kami juga setuju, kadangkala fungsi earthing juga terbatas sekiranya arusnya terlalu tinggi dan deras dan tak dapat dikawal oleh sistem pembumian ini. Terdapat rating tertentu pada peranti elektrik di rumah kita. Selalunya menggunakan rating sehingga 10kA, iaitu system hanya mampu bertahan sehingga 10,000 Ampere sahaja untuk beberapa saat. Disebabkan itu, kos tambahan selalunya diperlukan untuk menyediakan “lightning surge arrestor”. Dan “lightning surge arrestor” adalah amat mahal. Setidak tidaknya, perkara pertama yang perlu diperiksa terlebih dahulu adalah kita perlu memasti kan bahawa rumah kita dilengkapi oleh sistem pembumian (earthing) yang effisien.

>> Permasaalahannya
Sesetengah orang, dia tak tahu pun rumahnya dilengkapi sistem pembumian ini. Lebih teruk lagi sekiranya ketika garaj kereta mereka di renovatekan dan sistem earthing tidak disambungkan semula atau dihapuskan terus oleh pihak kontraktor. Atau, wayar bumi warna hijau tersebut terputus semasa mencangkul diluar ketika bercucuk tanam. Jadi, secara theori nya, lebihan arus ini tidak dapat di alirkan kebumi, sebaliknya, ia akan terus mengalir ke dalam system elektrik rumah pula, sehingga menyebabkan system elektrik trip.

Disebabkan oleh isu selalu trip ketika hujan, pengguna selalunya memikirkan untuk memasang system pencegah kilat di bumbung rumah dengan harapan akan menyelesaikan masaalah trip mereka tatkala hujan. Setentunya pihak kontraktor bertepuk tangan kerana kos nya amat menguntung kan mereka. Harga kuprum amatlah mahal. Kontraktor akan memasang pencegah kilat di bumbung, dan dalam masa yang sama diam-diam mereka perbaiki sistem pembumian anda.

>> Cadangan
Sekiranya boleh, elakkan wiring di tanam bawah tanah kerena konsep “potential different” ini berlaku pada kabel tersebut. Contohnya wiring untuk lampu gate, door bell atau auto gate. Sekiranya perlu, asingkan pelantik (breaker) untuk tujuan tersebut, agar pelantik tersebut dapat di tutup secara manual ketika hujan atau kilat yang ketara.

Dapatkan khidmat kontraktor elektrik utk periksa dan dapatkan bacaan pembumian ini. Sekiranya bacaan tinggi, “loop” wayar bumi tersebut ke kekotak earth chamber tambahan dan seterusnya. Ini tidak melibatkan kos yang besar. Monitor bacaan ini secara berkala. Periksa pelantik keselamatan selalu (ELCB) and yang penting dapatkan khidmat nasihat dari jurutera bertauliah.

Akhir kata, sebelum berbelanja kos RM 10,000.00 untuk tujuan mengatasi masaalah, adalah lebih baik sekiranya checklist yang berkos RM 1.00 diatasi terlebih dahulu.

*************************************************************************
Sepanjang bulan March ini, antara CSR (Corporate Social Responsibility) dari AHAR Consultants PLT adalah untuk mengadakan kempen kesedaran, pendedahan serta kependidikan kepada pengguna berkenaan rekabentuk wiring dan plumbing untuk bangunan termasuk rumah kediaman. Untuk kempen ini, pihak AHAR Consultants PLT bakal memberi tips, khidmat nasihat, do and don’ts serta menerangkan kesilapan atau amalan kejuruteraan yang selalu diabaikan tatkala merekabentuk wiring serta plumbing dalaman. Jurutera kami juga akan cuba menjawap persoalan melalui comment anda.

Harapan kami, agar kempen ini dapat memberi menafaat kepada ramai orang untuk kehidupan seharian yang lebih selamat dan selesa.