SELAMATKAH REKABENTUK PLUMBING DAN WIRING RUMAH ANDA?
Rumah seharusnya tempat yang paling selamat untuk sekeluarga. Tempat untuk MEMBINA kebahagiaan keluarga DAN membesarkan anak anak.
Selalunya, kita memberi kepercayaan kepada kontraktor untuk uruskan segala perkara termasuk plumbing dan wiring. Dan mereka akan meng“sub”kan kerja plumbing dan wiring ke orang lain. Tak sampai setahun, plug point kat dapur terbakar semasa buat kuih raya tatkala Ramadhan. Jadi, Raya dalam keadaan bergelap. Atau, paip bocor kerana pemilihan jenama paip yang tak betul.
Kami adalah jurutera perunding mekanikal dan elektrikal. Kami rasa berdosa sekiranya ILMU dan PENGALAMAN luas kami mereka-bentuk sistem dalaman wiring dan paip, dari reka bentuk rumah hinggalah ke stesyen janakuasa tidak dikongsi bersama anda.
1. PLUG POINT DI BAHAGIAN DAPUR
Rekabentuk Tipikal
Dapur atau garaj kereta selalunya menggunakan peralatan yang memerlukan intensity tenaga elektrik yang tinggi. Oven, ketuhar, mesin pengering baju, compressor air utk cuci kenderaan dan sebagainya. Selalunya hanya 2 atau 3 sokets 13A di reka bentuk untuk rumah di bahagian dapur. Jumlah ini selalunya tidak mencukupi berbanding peralatan dapur yang banyak. Periuk nasi, peti sejuk, toaster roti dll. Itu belum masuk lagi oven besar untuk juadah hari raya. Kabel wiring pun selalunya menggunakan 3 wayar besaiz 2.5mm2 setiap satu. Selalunya, ketiga-tiga sokets tersebut di sambung atau di “loop” menggunakan litar yang sama.
Akibat
Penggunaan “extension cord” ke soket tersebut mengakibatkan lebihan beban kepada litar tersebut. Ini menyebabkan suiz terpelantik dan seluruh rumah mungkin bergelap.
Penyelesaian
Socket dapur boleh direka bentuk dengan kaedah “spur’, yakni 3 wayar hanya untuk SATU soket, dan lagi 3 wayar untuk soket seterusnya .. dan seterusnya. Dengan cara ini, beban tambahan peralatan tidak tertumpu hanya pada satu pelantik keselamatan (breaker) dan kabel tersebut. Ibarat sistem sekarang menjadi 3 lorong hiway dari lorong jalan kecil. Kalau nak guna extension cord pun adalah lebih selamat. Kualiti socket juga berperanan dalam issue ini. Sebaiknya minta kontraktor anda hantar sample dan skematik untuk dianalisa sebelum kebenaran pemasangan.
2. PEMASANGAN WATER HEATER
Rekabentuk Tipikal
Selalunya, contractor hanya memasang water dari bekalan kuasa sedia ada dengan penyambungan wayar elektrik. Ini adalah merbahaya, dan tidak patuh kepada undang undang wiring antarabangsa. Rujuk IEEE 17th Edition. Walaupun water heater mempunyai pelantik individu (ELCB), tetapi ianya tidak merangkumi keselamatan keseluruhan agihan kuasa rumah anda.
Akibat
Ini adalah merbahaya, dan tidak patuh kepada undang undang wiring antarabangsa. Bekalan kuasa hanya terhenti pada water water heater, tetapi tidak pada wayar dibelakangnya. Bayangkan anak anda cuba memperbaiki atau menyentuh water heater tersebut dalam keadaan basah tatkala mandi, amat merbahaya.
Penyelesaian
Setiap soket atau bekalan yang melibatkan pengguna memegang barangan elektrik tersebut seharusnya perlukan pelantik keselamatan. Jadi, ELCB haruslah dipasang untuk litar water heater tersebut. Sebaiknya, litar harus lah khusus untuk water heater dan terus dari panel agihan.
Sepanjang bulan March ini, antara CSR (Corporate Social Responsibility) dari AHAR Consultants PLT adalah untuk mengadakan kempen kesedaran, pendedahan serta kependidikan kepada pengguna berkenaan rekabentuk wiring dan plumbing untuk bangunan termasuk rumah kediaman. Untuk kempen ini, pihak AHAR Consultants PLT bakal memberi tips, khidmat nasihat, do and don’ts serta menerangkan kesilapan atau amalan kejuruteraan yang selalu diabaikan tatkala merekabentuk wiring serta plumbing dalaman. Jurutera kami juga akan cuba menjawap persoalan melalui comment anda.
Harapan kami, agar kempen ini dapat memberi menafaat kepada ramai orang untuk kehidupan seharian yang lebih selamat dan selesa.